Kelas Google Lens & Telegram Bot

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

7 Ogos 2020 – Penolong Pengurus PI Linggi telah mengadakan Kelas Google Lense dan Telegram Bot. Ianya dihadiri oleh seramai 5 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah. Kelas diadakan selama setengah jam sahaja iaitu dari 4.00 petang hingga ke 4.30 petang.

Apa yang mereka pelajari ialah, mengenai Google Lens iaitu aplikasi pengecaman gambar yang mempunyai manfaat dalam memudahkan urusan seharian seperti mengetahui jenis-jenis tumbuhan ataupun haiwan, mencari gambar yang serupa di internet dan mengimbas serta menterjemahkan bahasa melalui tulisan dalam gambar. Ianya juga berguna untuk menukar gambar teks ke dalam bentuk tulisan untuk tujuan salin dan edit.

Sterusnya Telegram Bot, Bot adalah akaun Telegram yang dikendalikan oleh perisian dan bukan manusia. Ianya mempunyai ciri AI (Artificial Intelligence) Bot-bot ini mempunyai banyak fungsi seperti mengajar, bermain, mencari, menyiarkan, mengingatkan, berhubung, berintegrasi dengan perkhidmatan lain bahkan menyampaikan perintah ke Internet of Things (IoT). Antara telegram bot yang dperkenalkan kepada pelajar dan diajar cara menggunakannya ialah PandaiBot, Skeddy, GetMediaBot dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali